Henna Artist No 1 di Perak

Keanggunan Sentuhan Terakhir Dihari Bahagia

Pakar seni lukis inai pengantin berkonsepkan minimalis, eksklusif, dan menggunakan inai berkualiti tinggi dan premium yang mesra kulit.

Hanim Henna Profile
Siapa Saya

Hai, Saya Hanim!

Saya merupakan seorang pelukis inai profesional yang sangat mencintai seni halus. Dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam industri perkahwinan, matlamat utama saya adalah untuk menaikkan seri tangan setiap bakal pengantin agar tampil sempurna dan memukau pada hari bahagia mereka.

Setiap garisan inai yang saya ukir dilakukan penuh teliti dari hati. Saya percaya, inai bukan sekadar perhiasan, ia adalah simbolik keanggunan seorang ratu sehari. Jom saya lukiskan corak impian awak!

2021

Tahun Bermula

0+

Pelanggan Inai

0+

Pengantin Baru

Changkat Jering Perak

Lokasi Utama

Kenapa Pilih Saya?

Kualiti Tanpa Kompromi

💎

Inai Premium Berkualiti

Menggunakan inai gred premium tertinggi yang dijamin berkualiti. Sangat selamat, mesra wuduk, dan sesuai untuk kulit sensitif pengantin.

✒️

Seni Halus

Lukisan tangan (freehand) yang sangat teliti, kemas, dan simetri hasil dari pengalaman melukis ribuan corak. Seni yang tak lapuk dek zaman.

Warna Memukau

Hasil warna merah pekat gelap (maroon) yang tahan lama, dijamin menaikkan seri urat tangan pengantin pada hari kejadian.

🛁

Servis Cuci Percuma

Menyediakan servis ukir sehingga inai kering dan kami bantu cucikan inai pengantin secara percuma! Ini amat memudahkan urusan pengantin di hari bahagia tanpa perlu risau inai comot.

Panduan Eksklusif

Tips Penjagaan Inai

Ikuti 3 fasa penting ini untuk pastikan hasil inai anda meresap dengan sekata, warna naik pekat memukau dan tahan lebih lama.

Langkah 1

Sebelum Berinai

  • Cuci tangan/kaki bersih dengan sabun.
  • Sental (scrub/lulur) manja untuk buang sel kulit mati supaya warna lebih mudah meresap.
  • Elakkan sapu losyen, pelembap, minyak atau serum di kawasan yang ingin diukir.
Langkah 2

Semasa Berinai

  • Duduk pada posisi yang paling selesa kerana proses melukis memakan masa (1 ke 3 jam).
  • Kurangkan pergerakan mengejut supaya ukiran inai kekal kemas, teliti dan tidak comot.
  • Suhu bilik suam adalah yang terbaik (elakkan aircon terlalu sejuk) supaya inai cepat kering dan warna naik.
Langkah 3

Selepas Berinai

  • Biarkan inai kering sekurang-kurangnya 4 - 6 jam atau semalaman untuk warna matang.
  • Kikis/kupas sisa inai kering secara perlahan-lahan. Jangan basuh terus dengan air sabun!
  • Sapu sedikit minyak zaitun/baby oil/balm selepas cuci untuk mengunci warna dari cepat luntur.
Karya Eksklusif

Seni Halus Di Hujung Jari

Saksikan magis ukiran inai premium kami dari dekat. Hasil seni yang sangat teliti.

Transformasi Wow

Sentuhan Magis Hanim

Sebelum Inai Selepas Inai

Leret pada garisan untuk melihat perbezaan

Panduan Bajet

Katalog & Anggaran Harga

Pilih corak yang bersesuaian dengan bajet anda. Harga sebenar mungkin berbeza bergantung kepada perincian corak yang dipilih. Hubungi kami untuk sebut harga yang lebih tepat.

Bawah RM 150

Minimalis

Sesuai untuk pengantin yang gemarkan corak ringkas, minimalis, atau sekadar ukiran manis di hujung jari.

Inai Bawah RM150
Inai Bawah RM150
Paling Popular

Bawah RM 200

Standard

Corak yang lebih padat dan teliti hingga ke pergelangan tangan. Pilihan yang paling popular untuk majlis nikah.

Inai Bawah RM200
Inai Bawah RM200

Atas RM 250

Eksklusif

Seni ukiran penuh, mewah dan terperinci hingga melepasi lengan. Rekaan istimewa bak permaisuri.

Inai Atas RM250
Inai Atas RM250
Karya Seni

Galeri Hanim Henna

Jadual Semasa

Semak Kekosongan Tarikh

Tarikh yang diwarnakan merah telah penuh ditempah. Pilih tarikh kekosongan dan buat tempahan segera.

...
Aha
Isn
Sel
Rab
Kha
Jum
Sab
Feedback Client

Apa Kata Pengantin?

"
★★★★★

"Cantik gila! Warna inai merah pekat and lukisan kemas sangat. Tak sia-sia book Hanim. Dia pun sangat friendly buat kita rasa selesa dan tak nervous nak nikah esok."

Aisyah

Aisyah

Pengantin Taiping

"
★★★★★

"Paling suka servis Hanim, Hasilnya tahan lama, lepas majlis bertandang seminggu pun still nampak pekat kat jari!"

Nadia

Nabila

Pengantin Kamunting

"
★★★★★

"Servis tiptop! Harga sangat berpatutan dengan kualiti. Inai langsung tak merekah dan lukisan sangat detail. Suami pun puji cantik!"

Farah

Farah

Pengantin Ipoh

"
★★★★★

"Saya request design custom yang agak rumit, tapi Hanim buat dengan sangat teliti dan tenang. Warna inai letup habis waktu majlis sanding!"

Zulaikha

Siti

Pengantin Kuala Kangsar

Scroll ke sebelah untuk lebih banyak feedback pengantin

Soalan Lazim (FAQ)

Bila waktu terbaik untuk berinai?

Inai Merah: Sebaiknya diukir sehari sebelum majlis supaya warna naik dengan pekat. Inai merah adalah sah dibawa solat.

Inai Putih: Disyorkan dilukis pada hari majlis berlangsung. Inai putih bersifat kalis air (waterproof) dan tidak sah dibawa solat.

Ada caj pengangkutan (transport) tak?

Ya, harga pakej belum termasuk caj pengangkutan. Caj transport adalah berbeza-beza dan dikira berasingan berdasarkan jarak lokasi majlis anda dari tapak utama operasi kami di Changkat Jering, Perak.

Berapa lama proses melukis inai?

Bergantung kepada kerumitan corak pilihan anda. Biasanya corak minimalis mengambil masa 45 minit - 1 jam, manakala corak penuh atau rekaan eksklusif boleh mengambil masa hingga 2 ke 3 jam.

Boleh custom corak atau warna sendiri?

Sudah tentu boleh! Jika anda mempunyai rekaan impian atau inspirasi corak dari internet, hantarkan saja gambar tersebut kepada kami. Warna juga boleh dipilih samada merah maroon, coklat pekat, atau putih eksklusif mengikut tema majlis anda.

WhatsApp Hanim
Hanim Henna

Hai, saya Hanim..

Tahniah atas hari bahagia yang bakal tiba! Saya amat berbesar hati jika diberi peluang untuk menyerikan jemari anda. Memandangkan Slot 2026 semakin terhad, jangan terlepas, jom tempah tarikh anda lebih awal.

Booking Form

Isi maklumat di bawah untuk menempah slot. Anda akan dibawa ke WhatsApp selepas tekan Hantar.